Sunday, 17 July 2011

Bahan Usrah Mingguan (18-22 Julai 2011)

NILAI USRAH

Nilai-Nilai Teras (Core Values) Usrah

Setiap program itu semestinya ada nilai tersendiri. Nilainya bergantung kepada sejauhmana orang yang terlibat dengannya memberikan nilai. Nilai-nilai utama yang diperolehi dalam usrah:

1. Kasih sayang
“Apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami itu datang kepadamu, maka katakanlah: "Salaamun alaiku. Tuhanmu telah menetapkan atas diri-Nya kasih sayang, (yaitu) bahwasanya barang siapa yang berbuat kejahatan di antara kamu lantaran kejahilan, kemudian ia bertaubat setelah mengerjakannya dan mengadakan perbaikan, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”[1]
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, kelak Allah Yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam (hati) mereka rasa kasih sayang.”[2]



2. Persaudaraan Islam dan semangat kekitaan
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta dan jiwanya pada jalan Allah dan orang-orang yang memberikan tempat kediaman dan pertoIongan (kepada orang-orang muhajirin), mereka itu satu sama lain lindung-melindungi. Dan (terhadap) orang-orang yang beriman, tetapi belum berhijrah, maka tidak ada kewajiban sedikitpun atasmu melindungi mereka, sebelum mereka berhijrah. (Akan tetapi) jika mereka meminta pertolongan kepadamu dalam (urusan pembelaan) agama, maka kamu wajib memberikan pertolongan kecuali terhadap kaum yang telah ada perjanjian antara kamu dengan mereka. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.”[3]


3.Budaya ilmu
“Hai orang-orang beriman apabila dikatakan kepadamu: "Berlapang-lapanglah dalam majlis", maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu", maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”[4]


4. Berpesan-pesan/nasihat-menasihati
“kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.” [5]



5. Kerja berpasukan
“Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.” [6]


Nilai – nilai inilah yang akan menguatkan lagi ikatan persaudaraan sesama ahli usrah dan membentuk pasukan yang mantap seterusnya memudahkan perkembangan ilmu Islam. Akhirnya, nilai-nilai yang diperolehi ini dapat membentuk akhlak mulia di kalangan masyarakat Islam. Nilai – nilai ini akan lebih bermakna jika semua ahli usrah hadir dengan niat yang ikhlas untuk mencari keredhaan Allah.

Allah berfirman :
“ Dan tidaklah mereka itu tidak diperintahkan kecuali supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus.” [7]

[1] Al-An’am 6 : 54.
[2] Maryam 19 : 96.
[3] Al-Anfaal 8 : 72.
[4] Al-Mujadalah 58 :11
[5] Al-Asr  103 : 3
[6] As-Soff  61 : 4.
[7] Al-Bayyinah 98 : 5.

Sunday, 10 July 2011

Kepentingan sebuah Tarbiyah

Riadhah: Bowling di Pelangi Leisure Mall


10/7/2011 (AHAD)
Grup Usrah Ishak, Grup Usrah Hafiz dan beberapa orang naqib telah menjalankan aktiviti bermain bowling di Pelangi Leisure Mall, Johor Bahru. Seramai 12 orang ikhwah yang menyertai riadhah kali ini.


Team riadhah dibahagikan kepada 3 kumpulan dimana setiap kumpulan terdiri dari 4 orang ikhwah. Masing2 mempamerkan bakat dan skill yang amat menakjubkan dengan majoriti berjaya mendapat satu hingga 2 balingan strike setiap seorang.


Setelah selesai bermain bowling, team jaulah bergerak ke Masjid Jamek Kampung Melayu Majidee untuk solat Asar berjemaah sebelum minum petang di Cendol House. Disebabkan tuntutan masa yang mendesak serta terdapat ahli2 yang terikat dengan komitmen peribadi masing2, perkongsian tazkirah ringkas dijalankan didalam kereta secara sembang santai.
Moga riadhah kali ini dapat memberikan sedikit pengajaran dan input  disamping melapangkan minda dengan aktiviti bermain boling yang bermanfaat ini.

Perkampungan Nuqaba' 2011

Sabtu, 2/7/2011
4.00 ptg                Para peserta melaporkan diri dan mendaftar sebelum solat asar secara berjemaah. Seterusnya peserta mengikuti bacaan Al-Ma’thurat dan taklimat ringkas dari Akh. Ishak Ridhwan, Ketua Lajnah Terbiyah selaku Pengerusi Program Perkampungan Nuqaba’
7.00 mlm              Peserta bersolat Maghrib secara berjemaah sebelum makan malam.     
7.45 mlm              Slot 1 – Amar Makruf Nahi Munkar telah disampaikan oleh Akh. Ishak Ridhwan.
8.30 mlm              Solat Isyak Berjemaah  
9.00 mlm              Slot 2 - Pengenalan Usrah disampaikan oleh Akh. Mohd Shazwan, Mantan Ketua Lajnah Tarbiyah Sesi 2010.               
10.00 mlm           Liqa’ Musabaqah iaitu sesi refleksi di dalam halaqah. Peserta dibahagikan kepada halaqah2 kecil untuk perbincangan mengenai usrah; konsep dan pandangan.               
11.00 mlm           Bacaan Al-Mulk secara berjemaah
11.30 mlm           Para peserta mendengar taklimat Cara tidur mengikut sunnah sebelum tidur     


 
Ahad, 3/7/2011
4.30 pg  Para peserta Bangun & Hemat Diri
4.35 pg  Qiyamullail dijalankan dengan diimamkan oleh Akh. Ishak Ridhwan. Qiyam dimulakan dengan solat tahajjud, diikuti solat taubat, solat hajat dan diakhiri dengan solat witir.
5.15 pg  Rehat
5.30 pg  Solat Subuh secara berjemaah.
6.00 pg  Tadarrus Al-Quran dan tadabbur ayat.
7.00 pg  Peserta nuqaba’ memulakan Riadhah dengan berjogging ke dewan terbuka. Peserta nuqaba’ melakukan aktiviti pemanasan badan yang dipimpin oleh Akh. sebelum slot aktiviti berkumpulan diteruskan oleh Akh. Hafiz. Seterusnya para nuqaba’ meneruskan larian mengelilingi trek sekitar kampus sebelum berhenti di perkarangan Surau Al-Jawahir untuk aktiviti cooling down dan sedikit perkongsian oleh Akh. Ishak Ridhwan.
7.30 pg  Hemat Diri
7.45 pg  Nuqaba’ menikmati sarapan sandwich yang lazat.
8.15 pg  Slot Perkongsian Fadhilat Solat Dhuha disampaikan oleh Akh. Aidiel sebelum nuqaba’ menjalankan solat dhuha.
8.30 pg  Amali Usrah disampaikan Ukht. Diana kepada para Nuqaba’ baru. Slot perkongsian pula dijalankan dikalangan Nuqaba’ lama dengan perbincangan dan refleksi menjadi agenda utama.  
10.00 pg Rehat
10.30 pg Tips Usrah Berkesan disampaikan oleh Ukht. Diana.
1.00 ptg  Kerja Lapangan dimana para nuqaba’ ditugaskan untuk meminta maklumat peribadi kepada 40 responden bagi setiap kumpulan. Peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan yang terdiri dari 9-10 orang naqib dan naqibah. Lokasi untuk mencari responden ialah Larkin Sentral dan Medan Selera Cenderawasih.
1.30 ptg Solat Zuhur Berjemaah
2.00 ptg Penutup dan Jamuan
Alhamdulliah..Tahniah kepada para Naqib & Naqibah kerana berjaya menamatkan Program Perkampungan Nuqaba' 2011 ini. Semoga segala input yang telah kita pelajari dapat diamalkan dalam menjadi seorang naqib/naqibah yang terbaik..Terima kasih juga kepada pihak yang telah menyumbangkan tenaga secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini khususnya kepada pihak penganjur, AJK Lajnah Tarbiyah, Jawatankuasa Penggerak Musolla Al-Jawahir & Tarbiyah, PERMATA. Moga usaha kita ini diberkati Allah SWT. InsyaALLLAH..Jazakallah wa barakallah...=)