10/7/2011 (AHAD)
Grup Usrah Ishak, Grup Usrah Hafiz dan beberapa orang naqib telah menjalankan aktiviti bermain bowling di Pelangi Leisure Mall, Johor Bahru. Seramai 12 orang ikhwah yang menyertai riadhah kali ini.
Team riadhah dibahagikan kepada 3 kumpulan dimana setiap kumpulan terdiri dari 4 orang ikhwah. Masing2 mempamerkan bakat dan skill yang amat menakjubkan dengan majoriti berjaya mendapat satu hingga 2 balingan strike setiap seorang.
Setelah selesai bermain bowling, team jaulah bergerak ke Masjid Jamek Kampung Melayu Majidee untuk solat Asar berjemaah sebelum minum petang di Cendol House. Disebabkan tuntutan masa yang mendesak serta terdapat ahli2 yang terikat dengan komitmen peribadi masing2, perkongsian tazkirah ringkas dijalankan didalam kereta secara sembang santai.
Moga riadhah kali ini dapat memberikan sedikit pengajaran dan input disamping melapangkan minda dengan aktiviti bermain boling yang bermanfaat ini.
No comments:
Post a Comment