Sabtu, 2/7/2011
4.00 ptg Para peserta melaporkan diri dan mendaftar sebelum solat asar secara berjemaah. Seterusnya peserta mengikuti bacaan Al-Ma’thurat dan taklimat ringkas dari Akh. Ishak Ridhwan, Ketua Lajnah Terbiyah selaku Pengerusi Program Perkampungan Nuqaba’
7.00 mlm Peserta bersolat Maghrib secara berjemaah sebelum makan malam.
7.45 mlm Slot 1 – Amar Makruf Nahi Munkar telah disampaikan oleh Akh. Ishak Ridhwan.
8.30 mlm Solat Isyak Berjemaah
9.00 mlm Slot 2 - Pengenalan Usrah disampaikan oleh Akh. Mohd Shazwan, Mantan Ketua Lajnah Tarbiyah Sesi 2010.
10.00 mlm Liqa’ Musabaqah iaitu sesi refleksi di dalam halaqah. Peserta dibahagikan kepada halaqah2 kecil untuk perbincangan mengenai usrah; konsep dan pandangan.
11.00 mlm Bacaan Al-Mulk secara berjemaah
11.30 mlm Para peserta mendengar taklimat Cara tidur mengikut sunnah sebelum tidur
Ahad, 3/7/2011
4.30 pg Para peserta Bangun & Hemat Diri
4.35 pg Qiyamullail dijalankan dengan diimamkan oleh Akh. Ishak Ridhwan. Qiyam dimulakan dengan solat tahajjud, diikuti solat taubat, solat hajat dan diakhiri dengan solat witir.
5.15 pg Rehat
5.30 pg Solat Subuh secara berjemaah.
6.00 pg Tadarrus Al-Quran dan tadabbur ayat.
7.00 pg Peserta nuqaba’ memulakan Riadhah dengan berjogging ke dewan terbuka. Peserta nuqaba’ melakukan aktiviti pemanasan badan yang dipimpin oleh Akh. sebelum slot aktiviti berkumpulan diteruskan oleh Akh. Hafiz. Seterusnya para nuqaba’ meneruskan larian mengelilingi trek sekitar kampus sebelum berhenti di perkarangan Surau Al-Jawahir untuk aktiviti cooling down dan sedikit perkongsian oleh Akh. Ishak Ridhwan.
7.30 pg Hemat Diri
7.45 pg Nuqaba’ menikmati sarapan sandwich yang lazat.
8.15 pg Slot Perkongsian Fadhilat Solat Dhuha disampaikan oleh Akh. Aidiel sebelum nuqaba’ menjalankan solat dhuha.
8.30 pg Amali Usrah disampaikan Ukht. Diana kepada para Nuqaba’ baru. Slot perkongsian pula dijalankan dikalangan Nuqaba’ lama dengan perbincangan dan refleksi menjadi agenda utama.
10.00 pg Rehat
10.30 pg Tips Usrah Berkesan disampaikan oleh Ukht. Diana.
1.00 ptg Kerja Lapangan dimana para nuqaba’ ditugaskan untuk meminta maklumat peribadi kepada 40 responden bagi setiap kumpulan. Peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan yang terdiri dari 9-10 orang naqib dan naqibah. Lokasi untuk mencari responden ialah Larkin Sentral dan Medan Selera Cenderawasih.
1.30 ptg Solat Zuhur Berjemaah
2.00 ptg Penutup dan Jamuan
Alhamdulliah..Tahniah kepada para Naqib & Naqibah kerana berjaya menamatkan Program Perkampungan Nuqaba' 2011 ini. Semoga segala input yang telah kita pelajari dapat diamalkan dalam menjadi seorang naqib/naqibah yang terbaik..Terima kasih juga kepada pihak yang telah menyumbangkan tenaga secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini khususnya kepada pihak penganjur, AJK Lajnah Tarbiyah, Jawatankuasa Penggerak Musolla Al-Jawahir & Tarbiyah, PERMATA. Moga usaha kita ini diberkati Allah SWT. InsyaALLLAH..Jazakallah wa barakallah...=)
No comments:
Post a Comment